
Tiap pagi, bila kita nak mulakan hari, pasti akan ada perancangan (atau tidak)
Yang kata tidak, ada sebab mereka sendiri.
"kalau aku rancang tentu tak jadi, baik buat je"
..yang ada perancangan, dah siap susun segala agenda atas kepala. Seharian bagai ada panduan. Ada matlamat untuk dicapai, dari setiap perkara.

Hidup perlu ada matlamat. Semua orang kata begitu. Aku pun. Mungkin kalian juga :) Ibarat memanah. Bila arahkan anak panah ke target butt, kena betul fokus. Aim titik kuning pada permukaan target. Sebelum tu,
..kena betulkan cara berdiri. Pastikan juga alatan dalam keadaan baik. Dan, cara memanah sudah difahami. Barulah boleh shoot. Tak boleh hentam keromo. Nanti tersalah panah. Punah, merana..
Ada target, tahu mana nak meng 'arah'
Ada tujuan, tahulah nanti ke mana nak pergi.
Ada ilmu, tentu tahu bagaimana nak bertindak.

Hidup bukan saja-saja. Hidup perlu berpandu. Jika tersilap sedikit dari perancangan, ia bukanlah kegagalan. Cuma satu peringkat, kena lihat apa yang kurang. Yelah, manusia tak sempurna. Aku pun. Kalian mungkin juga. So..
Tetapkanlah matlamat dalam hidup.
"Aku nak jadi Arkitek, 6 tahun dari sekarang. Jadi, sekarang ni, aku kena:
1) siapkan dulu tugasan,
2) hantar pada Pensyarah (kena pastikan segalanya dalam keadaan baik, barulah dapat markah yang baik juga)
3) lepas ni kena cari bahan rujukan dan
4) bincang dengan kawan-kawan.
5) Ah.ada projek baru, pergi studio..praktikal nanti...bla-bla..."
(Amin- penuntut tahun satu UTM)
Jika ada strategi, ada langkah-langkah untuk kita melangkah. Sedikit demi sedikit, kehidupan dapat berubah..kepada yang lebih baik. Kita kan khair ummah. Umat terbaik. Bukan calang-calang tu.
So, rancang untuk masa depan. Impaknya akan datang pada setiap kali pelan hidup kita jalankan; sama ada perlu dibaiki, atau diteruskan.
Berhadapan dengan masalah? Sama analoginya begini: "Jika tak kesesatan di Bandar Kuala Lumpur, kita takkan tahu bahawa banyak jalan pintas yang boleh memendekkan perjalanan. Siap boleh elakkan kesesakan lagi."
Menarik kan? So, kalau tersilap, tak mengapa. Belajar lagi banyak benda. Kreativiti bertambah, dan kita jadi lebih "kuat"....tak cepat melatah jika kecundang.
Tampilkan matlamat hidup. Jangan lambat. Sebab hidup kita pada masa akan datang, berpaksi pada niat kita pada hari ini. Hari esok takkan tahu apa yang berlaku. So, untuk setiap hari, lakukan perkara yang terbaik. Sebelum tidur nanti, bisa senyum. Sebab ada lagi buah kejayaan yang kita gapai pada setiap hari :)
2 comments:
ada satu lagi.. pseudo psychology, dan naive psychology. tak nak cerita yang tu? :P
hem...fake psychology ye? hehe...yg naive tu baru dgr lah..hehe. insyaAllah, along rasa kia sbg budak2 psikologi, patut berani menulis dgn 'tanda2' org yg ada ilmu psikologi, bleh kongsi dgn org lain..menarik2...
Post a Comment